Ingat ALLAH di setiap degupan jantungmu

Wednesday, 4 April 2012

----Biar die merawat Duka Itu Sendiri---

.......Apa pun yg berlaku dan apa pun keputusannya....kamu kena redha pd takdir ALLAH...Org ISLAM ada ALLAH..& sy tau kamu benar2 percaya pd tuhan kamu...." Ye..itulah perkataan yg terluah dr seorg Doc berbangsa cina kpdnya...die memandang kosong dan penuh mkna kpd doc itu dgn untaian air mata yg mengalir laju....Doktor,sy sihat...sy boleh buat semua kerja yg org sihat buat...sy boleh naek tangga..sy boleh buat semua...Doc itu pantas menjawab...
'iye mmg kamu xkan rasa yg kamu sakit,tp hakikatnya kesihatan kamu semakin merosot..."

....ALLAHUAKBAR....die memejamkan matanya....doktor, semua org x tau sy sakit...doktor tau knp? sy sedaya upaya menyembunyikan segalanya dr mereka...sy bina kekuatan dlm diri sy...hari2 bila sy bngun pg...sy akn positifkan diri sy bhw sy sihat! sy sihat! sy sihat!....dan sy lalui hidup ini tanpa pernah memikirkan yg sy sakit...dannnn hasilnya sy rase sy semakin baek..sy mmpu tersenyum.....

....Tapi hari ini,bila sy dtg jumpa doc...sy mcm dh x de nyawa...seluruh nyawa sy hilang...."awk semakin teruk"...ape yg kite cuba hari ini dan seterusnya adlh usaha yg tetap kite lakukan...tp, sy minta maaf andai ia x sprti yg diharapkan....sbg seorg Islam,sy nk awk terima takdir...krn ia dr Tuhan...

.....Kekuatan itu sedikit demi sedikit luntur dan terus meluntur.....die mnjdi seorg yg pendiam,beremosi,lemah dan sentiasa berperang dgn dirinya sendiri.....

Hinggalahh......1 hari....(to be continue)

Saturday, 21 January 2012

"HARAM itu jelas, yang HALAL itu jg jelas"

Sahabat, kalau kita buat sesuatu di jalan Allah, insya Allah. orang ngumpat la kita, ngata la kita. suatu hari nanti Allah akan bersihkan nama kita. mungkin kita dihina di dunia, tapi kita dimuliakan di akhirat? which one do you prefer? i'm not the one yang suka dengar cakap orang. they can talk as long as they want to. i'm not afraid of them. manusia yang sama dengan kita. setaraf tak de beza 1 apa pun dengan kita. manusia ciptaan Allah SWT. i'm afraid of Allah. yes. only Allah. takut sangat melahirkan cinta terhadap manusia sehingga mengundang kemurkaan Allah. spread the love in the HALAL way. jangan bercinta lama2. syaitan menjadi orang ketiga and there is no :: istilah of cinta islamic ::

Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.

Ada lelaki yang suka buat maksiat, yang tak pernah ikut pun perintah Allah, kononnya, ni zaman muda remaja dia. zaman dia berseronok. tetapi bila hendak berkahwin dia nak cari gadis yang baik dan beriman.biasa kan kita dengar kes macam ni?
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis yang mana Nabi saw bersabda: “Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah agama, nescaya engkau akan bahagia”.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Jangan nak samakan yang HARAM dengan yang HALAL. sebab yang HARAM itu jelas, yang HALAL itu jelas. cuma manusia selalu sahaja menolak kebenaran, semata-mata nak mengejar sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah. nauzubillah. nak bercinta, berkahwinlah. tak nak kahwin, jangan bercinta. thats it.


Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)







Salam Istiqamah...

Wednesday, 19 October 2011

"Jauhi Perkara Syubhah"

TINJAU...beberapa produk yang didakwa mengandungi paras alkohol yang tidak dibenarkan masih diletakkan di tempat minuman biasa.

“MINUMAN ini halal. Lihat tanda ‘non alcoholic’ di botol ini.
 Yang ini (sambil menunjukkan muangan ‘non-halal’) 
barulah haram kerana mengandungi alkohol dan arak,”
 kata seorang pekerja kedai serbaneka yang enggan dikenali.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengenai pengharaman

 minuman ‘bir halal’ oleh Jakim, pekerja itu hanya 
menggelengkan kepala sambil menegaskan ia halal 
kerana diimport dari negara Arab.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bir halal 

semakin popular di kalangan masyarakat kita. 
Difahamkan, ada lebih lima jenama bir halal dari 
Timur Tengah di pasaran dan kebanyakannya
 tidak mempunyai logo halal atau mempamerkan 
jumlah alkohol pada label produk.

Bagaimanapun, pendedahan mengenai penemuan 

kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan syariat 
pada minuman berkenaan mengejutkan orang ramai, 
khususnya umat Islam.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu

 terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman
 itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ)
 dengan membawa bir halal itu untuk dianalisis, seterusnya 
mendapatkan kepastian.

JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia

 untuk pengesahan dan hasil ujian makmal dijalankan 
mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa 
buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol, 
sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan 
kandungan alkohol dalam makanan serta minuman 
dibenarkan syariat Islam tidak melebihi 0.01 peratus.

Mengulas perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan 

Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim 
Johan berkata,
 pihaknya menolak semua penggunaan perkataan 
yang menyerupai benda tidak halal seperti bir kerana
 ia mendiskriminasikan umat Islam dan salah daripada 
segi pendekatan digunakan.

Melihat sepintas lalu kes seakan-akan serupa, 

Nadzim berkata, ia seperti ‘babi halal’ yang mencetuskan
 kontroversi dan hangat diperkatakan beberapa tahun lalu 
apabila produk berkenaan turut dijual di pameran
 barangan halal, perkataan ‘turkey ham’ (ham
 merujuk kepada daging paha babi yang dimasinkan),
 ‘beef bacon’ (bacon iaitu daging babi yang digaram 
atau diasapkan) dan ‘hotdog’ 
(penggunaan perkataan dog iaitu anjing).

Menurutnya, sekalipun turkey ham, beef bacon dan hotdog

 makanan halal, penggunaan perkataan yang digandingkan
 dengan sesuatu yang tidak halal menimbulkan kurang senang
 di kalangan pengguna Islam dan
 memberi kesan terus kepada jiwa.

“PPIM tidak boleh menerima penjenamaan yang 

mendiskriminasikan umat Islam. Kami menolak
 penggunaan nama bir walaupun tidak mengandungi 
alkohol kerana ia boleh menghakis jati diri kita sebagai 
umat Islam.

“Kami tidak mahu ia menyerupai sesuatu yang

 tidak halal dan yang kita takut sekali ialah
proses pemeraman dilakukan ketika pembuatan
 minuman berkenaan dikhuatiri boleh menghasilkan 
alkohol yang melebihi tahap dibenarkan tetapi 
tiada ujian yang dilakukan
 bagi mengesan kewujudannya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya merayu pihak berkuasa 

menyeragamkan sistem untuk barangan tidak halal
 untuk seluruh negara dan bukan hanya untuk negeri tertentu.

“Kami tidak mahu pengguna yang menerima akibatnya.

 Ini kerana kita berlindung di bawah payung 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan 
pengguna perlu dilindungi sebaik mungkin. 
Umat Islam berada di seluruh negara, jadi tidak boleh
 kata di Johor saja tidak halal 
dan di negeri lain halal,” katanya.

Menurutnya, umat Islam masih teraba-raba untuk

 mendapatkan makanan baik dan perkara itu
 tidak harus berlaku di negara ini yang ingin 
dibangunkan sebagai hab halal dunia.

“Makanan, minuman dan produk tidak halal berlegar 

dengan banyak dalam kehidupan seharian kita. 
Tidak hairan anak kita melakukan perkara pelik
 atau mengalami keruntuhan akhlak. Kerajaan perlu tegas
 kerana jika tidak, perkara seperti ini tidak habis.

“Barangan yang halal atau tidak halal perlu

 dimaklumkan kepada umum supaya tidak 
menimbulkan pelbagai spekulasi dan keresahan 
di kalangan masyarakat. Pengguna perlu berhati-hati
 dan jika ragu, 
dinasihatkan tidak minum bir halal berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd,

 Ahmad Al Yateem dalam laporan sebelum ini 
menegaskan, produk mereka, Barbican tidak 
mengandungi alkohol dan hanya malta berperisa
 buah-buahan semata-mata.

Selain itu, ia dikeluarkan oleh syarikat Aujan Industries Co 

yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara
 Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

Ahmad lebih menyifatkan dakwaan itu berunsurkan

 persaingan dalam perniagaan berikutan minuman itu 
semakin menjadi pilihan
 di kalangan pengguna Islam di negara ini.

Jakim pula pernah menolak permohonan untuk

 mendapatkan sijil halal bagi minuman dikenali bir halal yang 
diimport dari negara Timur Tengah.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, 

ini kerana ia tidak menepati standard halal MS 1500:2009 
dan tidak mematuhi prosedur halal.

“Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada

 produk minuman dikenali sebagai bir halal itu. 
Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya 
berhati-hati dan memilih produk yang mempunyai 
sijil halal diiktiraf kerajaan,” katanya.


===Jauhi Jika Ragu== 

Wednesday, 22 June 2011

Kejila sy dgn apepun2...tp jgn kaitkan soal agama...sy akn ingat kate2 kamu ini...("ko selalu jaja ttg agama pastu bila perli org dah tak ingat agama pulokk")....

Assalamualaikum...w.b.t

Sy sbnrnye mahu bercuty smentara dr menulis di blog yg x seberapa ni...tp bila mengnangkan tlh b'lakunya 1 keadaan dimana sy tlah merasekan status fb seseorg  itu ditujukan kpd sy..maka,sy dgn merendah dirinya ingin mengtakan bhw sy tdk menujukan kate2 itu kpd sesiapa pun yg sy kenali....

Adekah dgn meminjam kate2 dr org tersohor itu mnjadi 1 kesalahan?? Oh ya,sy merasakan anda mungkin tdk pernah membaca kate2 tersebut.....tdk mengapa.....anda tdk tau....tapi...jika kate2 itu mengenai tepat pd diri anda,sy hanya ingin MINTA MAAF krn sesungguhnya,ia tdk bersangkutan dgn siapa2 yg sy kenali termasuklah anda....

Tak sangka...meminjam kata2 dr tokoh ternama juga tlh mnjdi spekulasi dalaman buat diri anda....Mungkin silap sy jg,krn tdk menyatakan sumber dr mane sy perolehi kata2 itu....hingga tlh menyebabkan  anda trase  bgitu tersindir......

Kalau pun trase,x perlula rasenye anda menyatakan isu berkaitan agama dictu....org yg bergelar tok guru,ustaz & ustazah pun boley membuat kesilapan, inikan pula sy yg bru nk mncari sinar agama....

Baru memperkatakan hal2 agama sdikit, sdh dikaitkan dgn kesilapan yg dilakukan.....jika beginilah cranya....x mustahil jka sdikit iman yg ade boley terpesong dr jlnnye....Sy sngt terkesan dgn ayt yg anda katekan ini "ko selalu jaja ttg agama pastu bila perli org dah tak ingat agama pulokk"......




Kalau krn salah pengertian itu anda mengeluarkan kate2 di ats ni.....sy ucapkan trime kasih...smua hal2 agama yg sy kongsikan itu dr ALLAH & Rasullulah....sy rase sngt sedih & terhina dgn kate2 itu....menyebarkan sesuatu yg baik itu sesuatu yg dituntut...tp bila perkataan "jaja ttg agama" itu digunakan,ia seakan menghina agama itu sndri....katelah ape saje kpd sy,tp x perlulah nk kaitkan isu agama tersebut....dan kalu sy x ingt pasal agama..sy tdk menyebut "moga ALLAH ampunkan sy ats ape yg sy perkatakan ini"...sy masih ingat yg sy ini berTUHAN....

Walau x baek mane pun sy....skurang2 nye sy cube jg utk mnjd yg terbaik di hdpn ALLAH....x de manusia yg x buat salah....

ALLAH tau ape niat sy...kalau kamu nk kate sy tunjuk baik..silakan..krn sy tdk menyatakan sy BAGUS n alim....cume sekurang2nye...sy ade niat utk share ape yg sy bace..

Apepun....sy dgn rendah diri MINTA MAAF kpd anda yg trase haty....

Monday, 13 June 2011

"Duhai angin,.Duhai air....Duhai unggas..katakan pdnya"...

Assalamualaikum...w.b.t

Sekadar ingin dijadikan perkongsian......betapa haty ini sngt teruja saat menerima kata2 ini......Namun,Alhamdulillah,masih tersedar....segala yg berlaku adlh ats kehendak-NYA jua....

"Duhai angin....jika kau berhembus lembut melaluinya,katakan padanya,aku terlalu rindu akan detik2 manis bersamanya..duhai air..jika kau mengalir di sisinya,beritahulah padanya,aku pohon maaf ats segalanya yang mengguris hati dan jiwanya..duhai unggas..jika kau terbang melintasinya,sampaikan pesanan ini kepadanya.."kita berdua dipertemukan kerana takdir ALLAH..

Kita bersama atas kasih persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian..namun takku biar kasih ini kelayuan..kan kusiram agar ia subur berpanjangan..doa yang kupanjatkan untukmu kan selalu terangkai dalam satu jambangan..harumnya tersebar ke serata alam..hanya untukmu..seorang yang sangat kuhargai,duhai teman.."..berjanji lah..kau adalah sahabatku buat selamanya,Insyaallah..semoga dirimu sentiasa mekar dalam bimbingan cinta Ilahi..ameenn".


Wednesday, 8 June 2011

"Sukarnya Menjaga Pandangan"

Assalamualaikum w.b.t

Dlm kesabaran mennty turn di PC clinic HKL ni,sy merasekan masih sempat utk menukilkan sesuatu di Blog yg x sbrape ni....

Dlm dduk mermerhaty org yg lalu lalang dgn pelbagai ragam ni,sy terfikir....sukarnya utk sy menundukkan pandangan drpd org2 lelaki yg bkn muhrim.....sdh mnjdi kebiasaan manusia,utk melihat keadaan sekitarnya....dan tdk terkecuali jg dlm memerhaty org2 yg lalu lalang ini.....

Antara syariat & kebiasaan....slalunya yg biase dilakukan adlh kebiasaan.....syariat itu hanya skadar tahu,ttapi lebih ramai yg tdk melaksanakan.....sy tdk terlpas jg dlm melakukan ape yg mnjdi kebiasaan,ttapi sring kali x m'endahkan akn syariat....

Teringat sy dgn sesuatu yg prnah sy terbace dulu....."AL-QURAN sbnrnye tlh mnjwb ape kaitan antr mnjga aurat,menundukkan pndangan dgn kehormatan diri..ALLAH s.w.t m;gariskan kpentingan menundukkan pndangan bg m'peroleh ganjaran kemuliaan di dunia & akhirat...

Rasulullah prnah b'sabda:-

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis, siapa yang meninggalkannya karena takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya"
(HR ath-Thabrani dan al-Hakim)


"Orang-orang beriman yang menjaga pandangan dengan tidak memandang kepada sesuatu yang haram akan dijanjikan dengan kemanisan Iman sebagai ganti kepada amal tersebut"...SubhanaALLAH....


Sy amat mengharapkan bantuan dr ALLAH utk mmbntu menjaga pndangan,pendengaran serta perbuatan dr p'kara yg mndtgkan dosa....semoga ALLAH merahmati....[icintaILLAHI]

Tuesday, 7 June 2011

"Akhirnya....Ku Sahut Suruhan-MU itu Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t



"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru & penuh dengan ketenangan...Tetapi hanya ALLAH  sahaja yg mengetahui rahsia di dlmnya..Begitu jg dgn kehidupan manusia, riang & ketawa tetapi hanya ALLAH yg mengetahui rahsia kehidupannya..Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya..& jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH  sentiasa bersamamu"

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA MENGETAHUI...ALLAH MAHA MENDENGAR & ALLAH MAHA MENGASIHANI......dan krn itulah jg Semua yg  b'laku ini,tlah b'laku tanpa diduga & tanpa perancangan.....

Sekadar utk berkongsi kpd smua....

Berubah dari tudung biasa ke tudung labuh, dulu tidak berstokin kaki, kini menutup segala-galanya. Itu adalah perubahan yang perlu pada diri setiap muslimah.Ya, jiwa sering memberi alasan untuk mengatakan tidak bersedia, tapi sampai bila alasan itu mahu dipertahankan? Bukankah itu aib yang perlu d'jaga..Bukan sekadar rambut sahaja...

Kerana itu bijak pandai ada mengatakan;

 “Bertudung tidak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya bertudung (dilabuhkan)”.

Sebelum saya nekad untuk berubah dan memakai tudung labuh, perasaan ketakutan itu juga yang menjelma.Cabarannya adalah tinggi... Bagaimana mahu melakukan kerja... Orang mngkin akan perlecehkan saya dan sebagainya. Tetapi akhirnya dengan sebuah tekad dan percaya pada janji ALLAH, saya meneruskan langkah perubahan ini. 

Alhamdulillah...jiwa trase tenang dgn ape yg dilakukan ini....

Semoga sy dberikan kekuatan utk melakukan smua ini.....tdk ada paksaan utk sy melakukan perubahan ini,smuanya dtg  drpd  ALLAH S.W.T.....
Smoga sy istiqamah dlm menjalani khidupan sbg seorg muslim....[icintaILLAHI]


Monday, 6 June 2011

"Saat-saat Indah Ini"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...syukur yg amat sngt bila dpt melalui saat indah kala ini....meniarap (sambil m'buat assighment)  dikiri  mak yg sdg menjahit 4 helai tudung & abah disebelah kanan yg sedang duduk di depan tv menonton rancangan "Tanyalah Ustaz" di tv9...SubhanaALLAH,bahagia sungguh haty ini berada disamping mereka berdua....

Sambil menaip inti pati assighment,minda menari2 berfikir betapa besarnya jasa & pengorbanan mereka berdua....Hidup mereka bnyk di korbankan utk anak2....SubhanALLAH,x termampu nk membalas sgalanya....

Melihat wajah tua mereka itu sngt meninggalkan kesan yang mendalam dlm diri sy....Sedaya upaya cuba membahagiakan & memenuhi sgala keinginan anak2....

Ya ALLAH,bisakah aku menatap wajah ini utk selamanya?....walau ku tahu itu mustahil akan berlaku.....ttapi serasanya aku tdk mampu utk m'hadapi pemergian mereka b'dua.....andai dpt diganti,aku sanggup utk menggantikannya...redha ALLAH itu ada  pd mereka berdua dan murka ALLAH itu jg bergantung kpd murkanya ibu bapa....sy masih memerlukan REDHA itu....

Semoga sy msih mampu mendptkan REDHA & doa mak & abah utk beberapa waktu lg......



[icintaILLAHI]

Sunday, 5 June 2011

"Suka Bersangka-sangka"

Assalamualaikum  w.b.t...


Manusia hari ini suka bersangka-sangka

--> Ada sangkaan BAIK …Ada sangkaan BURUK …
--> Orang BERIBADAH disangka RIAK
--> Orang yang BERKERETA BARU disangka menunjuk
--> Orang yang BERKERETA BURUK disangka ZUHUD (HINA)
--> Orang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP
--> Orang MAKAN SIKIT disangka DIET
--> Orang BAIK disangka BURUK
--> Orang BURUK disangka BAIK
--> Orang SENYUM disangka MENGEJEK

--> Orang BERMUZAKARAH disangka Mengumpat
--> Orang DIAM disangka SOMBONG
--> Orang NAMPAK CERIA disangka BERLAKON


**> Mana tahu yang DIAM itu kerana BERZIKIR kepada ALLAH.
**> Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH.
**> Mana tahu yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA.
**> Mana tahu yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI dan MINDANYA
**> Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS CERDASNYA





JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA-SANGKA KERANA IA
BAKAL MEMUSNAHKAN UKHWAH...


[icintaILLAHI]

"Syukur Ya Rabb"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...stelah sekian lame x blik ke kpg...sy pulang jua...bkn tdk mengingaty mak & abah d kampung ttapi tuntutan kerja & tgasan sbg seorg plajar,tlah mengekang mase yg ade,...

Sepanjang p'jalanan pulang ke kampung....sy menmpuh jammed yg sngt teruk,ttapi Alhamdulillah,jiwa & prasaan sy tdk sprti sblum ini.cpt rase mrh & m'bebel2 dlm kereta bila jln jammed....Haty rase tenang,& trase istiqamah krn bbir sntiase tdk lupe b'istighfar kpd-NYA.....

Dalam mase yg same,cik ayu b'buka puase (1 rejab) di dlm kereta,ALLAHUAKBAR,sngt mensyukuri sgala nikmatnye.....1 p'jlanan yg penuh dgn rase syukur yg teramat...dpt menghirup udara segar spanjang pjlanan (tdk m'gunakan aircond kereta).....tidak jg memutarkan lagu dr cd @ radio kereta sbg peneman dlm perjalanan...SubhanALLAH,itu lebih indah utk sy kenang kembali.....

Nyanyian zikir & istighfar dr bibir yg menyebut name ILLAHI itu,tlah menghanyutkan sy ke dunia yg begitu tenang....Lantas,cpt shj haty ini terusik dgn sgala pmberian-MU yg tiadda bndingannya ini....

Seandainya zikir & istighfar itu adlh p'kataan t'akhir yg bisa aku aksarakan ya ALLAH,jdkanlah ia sbg bukti cintaku kpd-MU di sana nanty.....

Seandainya yg mendengar alunan zikir & istighfar ku ini adlh telinga yg kau pinjamkan ini Ya ALLAH,jdkanlah jg ia sbg bukti bhwa aku punya sdikit ketaatan dlm mendengar sgala printah-MU..

Seandainya yg dpt merasai udara yg ENGKAU berikan ini adlh hidung yg dipinjamkan oleh-MU Ya ALLAH,jdkanla ia bukti bahwa aku pernah bersyukur dlm menikmati udara yg ENGKAU brikan...

Alhamdulillah,ats sgala nikmat ini YA ALLAH....

SubhanALLAH,t'sentak sketika dr lamunan yg pnjang.......sy sebenarnya sudah jauh terlajak dr persimpangan rmh mak & abh di kpg....



---> Aku ingin terus bersujud kpd-MU Ya ALLAH...[icintaILLAHI]

Thursday, 2 June 2011

"Indahnya Hidup Bersyariat"





Assalamualaikum w.b.t

Dgn x semena2nye haty ini b'detik....indahnye jika hidup ini b'syariat....Segala yg musykil,sgala yg mnjd tNda tanye dlm khidupan kite sharian ni sbnrnye sudah pun tersedia jawapannye di dlm AL-QURAN....Sy bknlah org yg sepatutnye utk memuzakarahkan tentang agama...ianya sekadar utk b'kongsi ape yg ada di haty ini...Sy lebih selesa utk mengaksarakan mengenai aurat wanita...bkn nk tunjuk bhw sy ini bgitu alim,jauh skali digelar Muslimah solehah...ttapi,mengertilah.. bahawa Allah tidak pernah menindas kaum wanita. Malahan Allah mengangkat darjat kita lebih tinggi, sentiasa memelihara kita..mensyariatkan untuk kita menutup aurat bukanlah satu penindasan agama, tetapi itu adalah cara untuk menyelamatkan kita wahai wanita. Berhias berlebihan bukanlah kerana Islam menolak keindahan, tetapi Islam mahu menjaga kita dari menjadi fitnah.. Fahamilah segala apa yang diperintahkan, kerana dengan memahami baru anda ketahui segala hikmah pensyariatan ini.
Buat anda di luar sana, berubahlah meskipun payah...Berubah untuk mengukir hidup yang lebih indah.Niat yang ada, jangan ditangguhkan, teruskan bergerak. Ayuh, hiasi diri kita dengan pakaian indah bernama takwa.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

HADIS NABI S.A.W

 “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

“Hai anak adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan, dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (Al-A’araf:26)

---> Semoga terus bermujahadah dlm mencari keredhaan ALLAH S.W.T.. [icintaILLAHI]


"Andai Ku Pergi "

Tuhanku..andai ini  rakaat2 solat yang terakhir daripadaku,
ku b'mohon....perkenankannya sbg ibadat yg ENGKAU redhai..
Andai esok bagiku tiada dlm catatan-MU,ku mohon..KAU akhirkanlah hayatku dengan husnul khatimah.."



Utkmu yg bergelar mujahidah,dirimu terhias dgn sebaik2 ciptaan...maka,jdkanlah dirimu nisa' yg unggul di medan jihad....jdkan dirimu antra yg dijulang....cantik dipandang,tp susah utk di pegang... 

"Biar haty mati ditolak cinta insani,biar badan lesu di tohmah kata keji,Jgn kau menangis wahai mata haty,menangislah andai cintamu di tolak ILLAHI..hidupkan hatymu dgn REDHA ILLAHI...."


[icintaILLAHI]

Wednesday, 1 June 2011

"Ape yg t'sirat di haty"

Assalamualaikum w.b.t


Lelaki acuan AL-QURAN,
Basah lidahnya mengingat Tuhan,
Tunduk pandangannya,penuh kesederhanaan,

Lelaki acuan AL-QURAN,
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan,
Al-Quran dan Sunnah jd panduan,
Akhlak nabi jd ikutan,

Lelaki acuan AL-QURAN,
Hidup matinya krn TUHAN...


Yang di cari walau bkn putera raja,.Biarlah dia seorg putera kpd agama,
Yang diimpi  ,biarlah x punya rupa,asal sedap dipandang mata,
Yang dinilai bkn sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani & sempurna haty,
Yang diharap bkn jihad pd semangat,asal p'juangan ada matlamat,
Yang di nanty bkn lamaran dgn permata,cukuplah akad & janji,
Dan jka yg t'jadi,andai x sama dgn khendak haty,asal redha dgn ketetapan ILLAHI,
Itulah ketentuan sjak azali...

--->sekadar ungkapan bicara [icintaILLAHI]

"Kerana Dia wanita"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah....lapang di haty kala mendengar azan subuh sebentar td (5.45 a.m)....menanty penuh rindu utk mengerjakan suruhan wajib-NYA ini....




Sedang dlm khusyuk untuk menulis ini.....terase ingin mencoretkan sesuatu mngenai wanita....bkn hanya krn sy seorg wanita,ttapi ia berdasarkaan kpd rase bersyukurnya sy krn dilahirkan sbg seorg wanita...pelbagai keistimewaan wanita & ape yg lbih pnting adlh seprti ape yg sllu d'perkatakan oleh pepatah ini "Seindah2 p'hiasan,adlh wanita solehah"

"Lembut wanita krn senyumannya
Cekal wanita krn beraninya
Patuh wanita krn kesetiaannya
Sabar wanita krn imannya
Kasih wanita krn belaiannya
Lemah wanita krn air matanya
Ikhlas wanita krn simpatinya
Pendam wanita krn cemburunya
Sayang wanita krn sikap keibuannya"

Berbahagialah wanita2 smua....Istiqamahkan diri kita utk mnjadi seorg muslimah yang solehah walau tdk mmpu mnjd sesempurna  Halimatus Saadiah,Siti Khadijah,Fatimah Az-Zahra,Rabiatul Adawiyah.....ttapi sekurang2nye,cubalah berusahalah utk ke arah itu....mnjdi wanita syurga...[icintaILLAHI]

"REJAB yg M'gamit Kerinduan Haty ini"

Assalamualaikum w.b.t

SubhanALLAH......rindu dtg bertamu di haty & ingatan ini........saratnya rindu haty ini pd REJAB,SYAABAN & RAMADHAN...ALLAHUAKBAR...jika REJAB,SYAABAN & RAMADHAN tahun lalu haty ini tidak seghairah  menyambut rejab ,syaaban & ramadahan seperti tahun ini,ampunkanlah aku YA ALLAH,...

Aku sngt bersyukur krn hijab yg menutupi haty selama ini telah terbuka sblm REJAB menjelang.....Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...petunjuk hidayah yg tdk t'nilai utk aku syukuri....

Besar kuasa-MU Ya ALLAH,menjauhkan sesuatu yg terlalu aku sanjungi &sekarang telah memberikan aku sesuatu yg lebih bermakna utk trus mnjadi seorg muslimah di bumi pinjaman-MU ini....

ALLAH,skalipun kring air mata ini...ia masih tdk dpt menggantikan rasa rindu ini pd-MU & Rasul-MU.....Haty ini terlalu merindui saat pertemuan itu.....Tetapi ku tahu ENGKAU amat mengetahui apa yg ada didlm haty ku ini....

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atas-Ku, maka mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian-Ku & kebesaran-Ku, tidak Aku tolakkan hajatmu..Engkau adalah jiran-Ku dibawah `arasy-Ku, engkau kekasih-Ku daripada segala makhluk-Ku, 
engkau terlebih mulia atas-Ku. .Sukakanlah kamu, tiada dinding antara-Ku dan antara kau".(dari kitabRaudatul Ifkar)  



---->Marilah sama2 berpuasa & istiqamahkan diri dalam bermujahadah [icintaILLAHI[

"REJAB yg M'gamit Kerinduan Haty ini"


Assalamualaikum w.b.t

SubhanALLAH......rindu dtg bertamu di haty & ingatan ini........saratnya rindu haty ini pd REJAB,SYA'BAN & RAMADHAN...ALLAHUAKBAR...jika REJAB,SY'ABAN & RAMADHAN tahun lalu haty ini tidak seghairah  menyambut rejab ,sya'ban & ramadahan seperti tahun ini,ampunkanlah aku YA ALLAH,...

Aku sngt bersyukur krn hijab yg menutupi haty selama ini telah terbuka sblm REJAB menjelang.....Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...petunjuk hidayah yg tdk t'nilai utk aku syukuri....

Besar kuasa-MU Ya ALLAH,menjauhkan sesuatu yg terlalu aku sanjungi &sekarang telah memberikan aku sesuatu yg lebih bermakna utk trus mnjadi seorg muslimah di bumi pinjaman-MU ini....

ALLAH,skalipun kring air mata ini...ia masih tdk dpt menggantikan rasa rindu ini pd-MU & Rasul-MU.....Haty ini terlalu merindui saat pertemuan itu.....Tetapi ku tahu ENGKAU amat mengetahui apa yg ada didlm haty ku ini....

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atas-Ku, maka mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian-Ku & kebesaran-Ku, tidak Aku tolakkan hajatmu..Engkau adalah jiran-Ku dibawah `arasy-Ku, engkau kekasih-Ku daripada segala makhluk-Ku, 
engkau terlebih mulia atas-Ku. .Sukakanlah kamu, tiada dinding antara-Ku dan antara kau".(dari kitabRaudatul Ifkar)  



---->Marilah sama2 berpuasa & istiqamahkan diri dalam bermujahadah [icintaILLAHI]

Tuesday, 31 May 2011

"Mahalnya Sebuah Pengorbanan"

Assalamualaikum w.b.t


Helaian kertas yang berisikan intipati assighment untuk dhantar pd pertemuan akn dtg itu ku  conteng2.... Ternyata banyak lagi isi yg perlu ditambah sebelum menghantarnya nnty.Jam trus  bergerak melewati waktu.... Kerisauan saya semakin berganda...Pelbagai perkara menerpa dalam benak kepala....


“Ya Allah,sempat @ tidak untuk siapkan semua kerja dan belajar ni, macam mana ni.Permudahkanlah semuanya ya Allah.”


Tp,sy kene Ingat 1 p'kara...Setiap apa yg sy korbankan utk jln ini, ALLAH x akn biarkan ia sia2...ALLAH x akn biar sy b'korban secara percuma,ALLAH pasti beri ganjaran...Mungkin kena korbankan masa dari segi kerja + study,assighment & midsem nnty, tapi bila kita ikhlas & korbankan kerana ALLAH, ALLAH mesti akan mudahkan semuanya. "Put your trust on ALLAH.”


Firman ALLAH swt yang bermaksud : “Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah bgnya (utk menolong & menyelamatkannya)..Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan sgala p'kara yg dikehendakiNya...ALLAH telahpun menentukan kadar & masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu.”(At-Talaaq : 3)




Apabila kte sudah m'jadi penolong agama ALLAH, maka cabaran x akan pernah surut..Malah, kite sentiasa diperhatikan utk dinilai oleh manusia khususnya..Dakwah vs Study vs kerja, adlah 1 cabaran yg pasti, namun beringatlah bhw setiap kesukaran pasti ada jln penyelesaian...


--->Smoga mujahadah ini akn trus kekal di haty [icintaILLAHI]

"LAILAHAILALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

Tiada Tuhan Selain ALLAH.....

Di pg yg hening ini,sy menjenguk ke luar jendela,lantas angin sejuk menyapa bersama segarnya udara pagi.....Dgn senyuman aku b'syukur,Alhamdulillah,masih diberikan peluang oleh ALLAH s.w.t utk menikmaty semua ini.....

Sering terbayang2,bgmnkah skiranya sy bngun drpd tidur keesokan hary,nyawa ini  tlah dicabut....subhanaALLAH,malu mahu m'hadap ILLAHI,krn amalan yg t'lalu sdikit.....brape sngtlah timbangan pahala baik yg ada utk di bawa m'hadap ke hadap-NYA.....

26 tahun menumpang di bumi ini.....serasanya bnyk dosa dr pahala.....dosa mata,dosa haty,dosa pendengaran....dosa p'buatan....ALLAHUAKBAR..mulut,haty,tgn,mata yg dimiliki skarang ini akn mnjadi saksi di akhirat kelak....
B'doa sbnyk2nya agr ALLAH mudahkan kita utk berubah & m'perbaiki diri...ALLAH yg memegang haty kita & DIA jglah yg  mmpu m'buka haty kita utk suka kpd kebaikan & membenci kejahatan....Hidayah itu milik-NYA jua..


Smoga  b'jaya b'mujahadah ke arah kebaikan & kekal istiqamah dlm b'amal..ameen...

"Berubahlah meskipun payah"

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga serta sahabt2 baginda...

Alhamdulillah...lewat waktu ini,tanpa disedari,haty ini tlah terjentik utk berubah......hidayah ALLAH telah menyapaku.....Bila haty cintakan ISLAM,masa berlalu terlalu singkat...."akn ku Ingat ALLAH disetiap langkah & perkiraan MASA ku itu...

Hati smakin sedey bila mngenangkan sy hanya insan yg kerdil di bumi pinjaman ini...
dgn nyawa dan jasad yg jg hanya dipinjamkan sketika,menikmati sgala2 yg ada dbumi ini scra pnjaman dgn percuma,masyaALLAH,..angkuhnya sy sbg manusia.....masih jg lalai  dgn urusan dunia,masih jg hanyut dgn binaan angan2,masih jg tdk memikirkan siapa pemilik dunia ini,siapa pemilik jasad ini,siapa pemilik udara ini,siapa pemilik rezeki.....SubhanaALLAH,...sringkali haty ini lupa akn nikmat yg dberikan,sring kali lupe akn erti syukur kpd yg Maha Esa.......

Ya,ALLAH,

Terima kasih krn membrikan sebuah peluang  utk melakaukan perubahan ini...Meskipun terase kepayahannya,InsyaALLAH,akn ku teruskan usaha ini kerana-MU...

Ya ALLAH,

Ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah..terimalah..taubatku ini


-->smoga haty ini trus istiqamah [icintaILLAHI]

"Jodoh & Takdir"

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kesibukan melakukan tugasan sbg seorg pelajar di kala ini,smbil ditemani  alunan merdu sebuah lagu...haty amat terpaut pd aksara bicara yg dialunkan....Meskipun b'crita mengenai jodoh & takdir,ia bknlah antra sbb sy menyukai lagu ini...hanya skadar ingin  berkongsi dgn teman2 di luar sana akn wujudnya lagu ini..:-)

Mari muhasabah cinta kita bersama,letakkan kepentingan cinta yang lebih utaman,nikmat2 yg d;brikan kpd kita p'lu dicintai,tp yg p'lu di cintai adlh cinta kita kpd pemberi nikmat yg lebih utama..Muhasabah Cintamu...

Rasulullah b'sabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang berAGAMA.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).[icintaILLAHI]