Ingat ALLAH di setiap degupan jantungmu

Wednesday 4 April 2012

----Biar die merawat Duka Itu Sendiri---

.......Apa pun yg berlaku dan apa pun keputusannya....kamu kena redha pd takdir ALLAH...Org ISLAM ada ALLAH..& sy tau kamu benar2 percaya pd tuhan kamu...." Ye..itulah perkataan yg terluah dr seorg Doc berbangsa cina kpdnya...die memandang kosong dan penuh mkna kpd doc itu dgn untaian air mata yg mengalir laju....Doktor,sy sihat...sy boleh buat semua kerja yg org sihat buat...sy boleh naek tangga..sy boleh buat semua...Doc itu pantas menjawab...
'iye mmg kamu xkan rasa yg kamu sakit,tp hakikatnya kesihatan kamu semakin merosot..."

....ALLAHUAKBAR....die memejamkan matanya....doktor, semua org x tau sy sakit...doktor tau knp? sy sedaya upaya menyembunyikan segalanya dr mereka...sy bina kekuatan dlm diri sy...hari2 bila sy bngun pg...sy akn positifkan diri sy bhw sy sihat! sy sihat! sy sihat!....dan sy lalui hidup ini tanpa pernah memikirkan yg sy sakit...dannnn hasilnya sy rase sy semakin baek..sy mmpu tersenyum.....

....Tapi hari ini,bila sy dtg jumpa doc...sy mcm dh x de nyawa...seluruh nyawa sy hilang...."awk semakin teruk"...ape yg kite cuba hari ini dan seterusnya adlh usaha yg tetap kite lakukan...tp, sy minta maaf andai ia x sprti yg diharapkan....sbg seorg Islam,sy nk awk terima takdir...krn ia dr Tuhan...

.....Kekuatan itu sedikit demi sedikit luntur dan terus meluntur.....die mnjdi seorg yg pendiam,beremosi,lemah dan sentiasa berperang dgn dirinya sendiri.....

Hinggalahh......1 hari....(to be continue)

Saturday 21 January 2012

"HARAM itu jelas, yang HALAL itu jg jelas"

Sahabat, kalau kita buat sesuatu di jalan Allah, insya Allah. orang ngumpat la kita, ngata la kita. suatu hari nanti Allah akan bersihkan nama kita. mungkin kita dihina di dunia, tapi kita dimuliakan di akhirat? which one do you prefer? i'm not the one yang suka dengar cakap orang. they can talk as long as they want to. i'm not afraid of them. manusia yang sama dengan kita. setaraf tak de beza 1 apa pun dengan kita. manusia ciptaan Allah SWT. i'm afraid of Allah. yes. only Allah. takut sangat melahirkan cinta terhadap manusia sehingga mengundang kemurkaan Allah. spread the love in the HALAL way. jangan bercinta lama2. syaitan menjadi orang ketiga and there is no :: istilah of cinta islamic ::

Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.

Ada lelaki yang suka buat maksiat, yang tak pernah ikut pun perintah Allah, kononnya, ni zaman muda remaja dia. zaman dia berseronok. tetapi bila hendak berkahwin dia nak cari gadis yang baik dan beriman.biasa kan kita dengar kes macam ni?
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis yang mana Nabi saw bersabda: “Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah agama, nescaya engkau akan bahagia”.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Jangan nak samakan yang HARAM dengan yang HALAL. sebab yang HARAM itu jelas, yang HALAL itu jelas. cuma manusia selalu sahaja menolak kebenaran, semata-mata nak mengejar sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah. nauzubillah. nak bercinta, berkahwinlah. tak nak kahwin, jangan bercinta. thats it.


Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)







Salam Istiqamah...

Wednesday 19 October 2011

"Jauhi Perkara Syubhah"

TINJAU...beberapa produk yang didakwa mengandungi paras alkohol yang tidak dibenarkan masih diletakkan di tempat minuman biasa.

“MINUMAN ini halal. Lihat tanda ‘non alcoholic’ di botol ini.
 Yang ini (sambil menunjukkan muangan ‘non-halal’) 
barulah haram kerana mengandungi alkohol dan arak,”
 kata seorang pekerja kedai serbaneka yang enggan dikenali.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengenai pengharaman

 minuman ‘bir halal’ oleh Jakim, pekerja itu hanya 
menggelengkan kepala sambil menegaskan ia halal 
kerana diimport dari negara Arab.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bir halal 

semakin popular di kalangan masyarakat kita. 
Difahamkan, ada lebih lima jenama bir halal dari 
Timur Tengah di pasaran dan kebanyakannya
 tidak mempunyai logo halal atau mempamerkan 
jumlah alkohol pada label produk.

Bagaimanapun, pendedahan mengenai penemuan 

kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan syariat 
pada minuman berkenaan mengejutkan orang ramai, 
khususnya umat Islam.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu

 terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman
 itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ)
 dengan membawa bir halal itu untuk dianalisis, seterusnya 
mendapatkan kepastian.

JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia

 untuk pengesahan dan hasil ujian makmal dijalankan 
mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa 
buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol, 
sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan 
kandungan alkohol dalam makanan serta minuman 
dibenarkan syariat Islam tidak melebihi 0.01 peratus.

Mengulas perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan 

Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim 
Johan berkata,
 pihaknya menolak semua penggunaan perkataan 
yang menyerupai benda tidak halal seperti bir kerana
 ia mendiskriminasikan umat Islam dan salah daripada 
segi pendekatan digunakan.

Melihat sepintas lalu kes seakan-akan serupa, 

Nadzim berkata, ia seperti ‘babi halal’ yang mencetuskan
 kontroversi dan hangat diperkatakan beberapa tahun lalu 
apabila produk berkenaan turut dijual di pameran
 barangan halal, perkataan ‘turkey ham’ (ham
 merujuk kepada daging paha babi yang dimasinkan),
 ‘beef bacon’ (bacon iaitu daging babi yang digaram 
atau diasapkan) dan ‘hotdog’ 
(penggunaan perkataan dog iaitu anjing).

Menurutnya, sekalipun turkey ham, beef bacon dan hotdog

 makanan halal, penggunaan perkataan yang digandingkan
 dengan sesuatu yang tidak halal menimbulkan kurang senang
 di kalangan pengguna Islam dan
 memberi kesan terus kepada jiwa.

“PPIM tidak boleh menerima penjenamaan yang 

mendiskriminasikan umat Islam. Kami menolak
 penggunaan nama bir walaupun tidak mengandungi 
alkohol kerana ia boleh menghakis jati diri kita sebagai 
umat Islam.

“Kami tidak mahu ia menyerupai sesuatu yang

 tidak halal dan yang kita takut sekali ialah
proses pemeraman dilakukan ketika pembuatan
 minuman berkenaan dikhuatiri boleh menghasilkan 
alkohol yang melebihi tahap dibenarkan tetapi 
tiada ujian yang dilakukan
 bagi mengesan kewujudannya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya merayu pihak berkuasa 

menyeragamkan sistem untuk barangan tidak halal
 untuk seluruh negara dan bukan hanya untuk negeri tertentu.

“Kami tidak mahu pengguna yang menerima akibatnya.

 Ini kerana kita berlindung di bawah payung 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan 
pengguna perlu dilindungi sebaik mungkin. 
Umat Islam berada di seluruh negara, jadi tidak boleh
 kata di Johor saja tidak halal 
dan di negeri lain halal,” katanya.

Menurutnya, umat Islam masih teraba-raba untuk

 mendapatkan makanan baik dan perkara itu
 tidak harus berlaku di negara ini yang ingin 
dibangunkan sebagai hab halal dunia.

“Makanan, minuman dan produk tidak halal berlegar 

dengan banyak dalam kehidupan seharian kita. 
Tidak hairan anak kita melakukan perkara pelik
 atau mengalami keruntuhan akhlak. Kerajaan perlu tegas
 kerana jika tidak, perkara seperti ini tidak habis.

“Barangan yang halal atau tidak halal perlu

 dimaklumkan kepada umum supaya tidak 
menimbulkan pelbagai spekulasi dan keresahan 
di kalangan masyarakat. Pengguna perlu berhati-hati
 dan jika ragu, 
dinasihatkan tidak minum bir halal berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd,

 Ahmad Al Yateem dalam laporan sebelum ini 
menegaskan, produk mereka, Barbican tidak 
mengandungi alkohol dan hanya malta berperisa
 buah-buahan semata-mata.

Selain itu, ia dikeluarkan oleh syarikat Aujan Industries Co 

yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara
 Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

Ahmad lebih menyifatkan dakwaan itu berunsurkan

 persaingan dalam perniagaan berikutan minuman itu 
semakin menjadi pilihan
 di kalangan pengguna Islam di negara ini.

Jakim pula pernah menolak permohonan untuk

 mendapatkan sijil halal bagi minuman dikenali bir halal yang 
diimport dari negara Timur Tengah.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, 

ini kerana ia tidak menepati standard halal MS 1500:2009 
dan tidak mematuhi prosedur halal.

“Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada

 produk minuman dikenali sebagai bir halal itu. 
Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya 
berhati-hati dan memilih produk yang mempunyai 
sijil halal diiktiraf kerajaan,” katanya.


===Jauhi Jika Ragu== 

Wednesday 22 June 2011

Kejila sy dgn apepun2...tp jgn kaitkan soal agama...sy akn ingat kate2 kamu ini...("ko selalu jaja ttg agama pastu bila perli org dah tak ingat agama pulokk")....

Assalamualaikum...w.b.t

Sy sbnrnye mahu bercuty smentara dr menulis di blog yg x seberapa ni...tp bila mengnangkan tlh b'lakunya 1 keadaan dimana sy tlah merasekan status fb seseorg  itu ditujukan kpd sy..maka,sy dgn merendah dirinya ingin mengtakan bhw sy tdk menujukan kate2 itu kpd sesiapa pun yg sy kenali....

Adekah dgn meminjam kate2 dr org tersohor itu mnjadi 1 kesalahan?? Oh ya,sy merasakan anda mungkin tdk pernah membaca kate2 tersebut.....tdk mengapa.....anda tdk tau....tapi...jika kate2 itu mengenai tepat pd diri anda,sy hanya ingin MINTA MAAF krn sesungguhnya,ia tdk bersangkutan dgn siapa2 yg sy kenali termasuklah anda....

Tak sangka...meminjam kata2 dr tokoh ternama juga tlh mnjdi spekulasi dalaman buat diri anda....Mungkin silap sy jg,krn tdk menyatakan sumber dr mane sy perolehi kata2 itu....hingga tlh menyebabkan  anda trase  bgitu tersindir......

Kalau pun trase,x perlula rasenye anda menyatakan isu berkaitan agama dictu....org yg bergelar tok guru,ustaz & ustazah pun boley membuat kesilapan, inikan pula sy yg bru nk mncari sinar agama....

Baru memperkatakan hal2 agama sdikit, sdh dikaitkan dgn kesilapan yg dilakukan.....jika beginilah cranya....x mustahil jka sdikit iman yg ade boley terpesong dr jlnnye....Sy sngt terkesan dgn ayt yg anda katekan ini "ko selalu jaja ttg agama pastu bila perli org dah tak ingat agama pulokk"......




Kalau krn salah pengertian itu anda mengeluarkan kate2 di ats ni.....sy ucapkan trime kasih...smua hal2 agama yg sy kongsikan itu dr ALLAH & Rasullulah....sy rase sngt sedih & terhina dgn kate2 itu....menyebarkan sesuatu yg baik itu sesuatu yg dituntut...tp bila perkataan "jaja ttg agama" itu digunakan,ia seakan menghina agama itu sndri....katelah ape saje kpd sy,tp x perlulah nk kaitkan isu agama tersebut....dan kalu sy x ingt pasal agama..sy tdk menyebut "moga ALLAH ampunkan sy ats ape yg sy perkatakan ini"...sy masih ingat yg sy ini berTUHAN....

Walau x baek mane pun sy....skurang2 nye sy cube jg utk mnjd yg terbaik di hdpn ALLAH....x de manusia yg x buat salah....

ALLAH tau ape niat sy...kalau kamu nk kate sy tunjuk baik..silakan..krn sy tdk menyatakan sy BAGUS n alim....cume sekurang2nye...sy ade niat utk share ape yg sy bace..

Apepun....sy dgn rendah diri MINTA MAAF kpd anda yg trase haty....

Monday 13 June 2011

"Duhai angin,.Duhai air....Duhai unggas..katakan pdnya"...

Assalamualaikum...w.b.t

Sekadar ingin dijadikan perkongsian......betapa haty ini sngt teruja saat menerima kata2 ini......Namun,Alhamdulillah,masih tersedar....segala yg berlaku adlh ats kehendak-NYA jua....

"Duhai angin....jika kau berhembus lembut melaluinya,katakan padanya,aku terlalu rindu akan detik2 manis bersamanya..duhai air..jika kau mengalir di sisinya,beritahulah padanya,aku pohon maaf ats segalanya yang mengguris hati dan jiwanya..duhai unggas..jika kau terbang melintasinya,sampaikan pesanan ini kepadanya.."kita berdua dipertemukan kerana takdir ALLAH..

Kita bersama atas kasih persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian..namun takku biar kasih ini kelayuan..kan kusiram agar ia subur berpanjangan..doa yang kupanjatkan untukmu kan selalu terangkai dalam satu jambangan..harumnya tersebar ke serata alam..hanya untukmu..seorang yang sangat kuhargai,duhai teman.."..berjanji lah..kau adalah sahabatku buat selamanya,Insyaallah..semoga dirimu sentiasa mekar dalam bimbingan cinta Ilahi..ameenn".


Wednesday 8 June 2011

"Sukarnya Menjaga Pandangan"

Assalamualaikum w.b.t

Dlm kesabaran mennty turn di PC clinic HKL ni,sy merasekan masih sempat utk menukilkan sesuatu di Blog yg x sbrape ni....

Dlm dduk mermerhaty org yg lalu lalang dgn pelbagai ragam ni,sy terfikir....sukarnya utk sy menundukkan pandangan drpd org2 lelaki yg bkn muhrim.....sdh mnjdi kebiasaan manusia,utk melihat keadaan sekitarnya....dan tdk terkecuali jg dlm memerhaty org2 yg lalu lalang ini.....

Antara syariat & kebiasaan....slalunya yg biase dilakukan adlh kebiasaan.....syariat itu hanya skadar tahu,ttapi lebih ramai yg tdk melaksanakan.....sy tdk terlpas jg dlm melakukan ape yg mnjdi kebiasaan,ttapi sring kali x m'endahkan akn syariat....

Teringat sy dgn sesuatu yg prnah sy terbace dulu....."AL-QURAN sbnrnye tlh mnjwb ape kaitan antr mnjga aurat,menundukkan pndangan dgn kehormatan diri..ALLAH s.w.t m;gariskan kpentingan menundukkan pndangan bg m'peroleh ganjaran kemuliaan di dunia & akhirat...

Rasulullah prnah b'sabda:-

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis, siapa yang meninggalkannya karena takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya"
(HR ath-Thabrani dan al-Hakim)


"Orang-orang beriman yang menjaga pandangan dengan tidak memandang kepada sesuatu yang haram akan dijanjikan dengan kemanisan Iman sebagai ganti kepada amal tersebut"...SubhanaALLAH....


Sy amat mengharapkan bantuan dr ALLAH utk mmbntu menjaga pndangan,pendengaran serta perbuatan dr p'kara yg mndtgkan dosa....semoga ALLAH merahmati....[icintaILLAHI]

Tuesday 7 June 2011

"Akhirnya....Ku Sahut Suruhan-MU itu Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t



"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru & penuh dengan ketenangan...Tetapi hanya ALLAH  sahaja yg mengetahui rahsia di dlmnya..Begitu jg dgn kehidupan manusia, riang & ketawa tetapi hanya ALLAH yg mengetahui rahsia kehidupannya..Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya..& jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH  sentiasa bersamamu"

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA MENGETAHUI...ALLAH MAHA MENDENGAR & ALLAH MAHA MENGASIHANI......dan krn itulah jg Semua yg  b'laku ini,tlah b'laku tanpa diduga & tanpa perancangan.....

Sekadar utk berkongsi kpd smua....

Berubah dari tudung biasa ke tudung labuh, dulu tidak berstokin kaki, kini menutup segala-galanya. Itu adalah perubahan yang perlu pada diri setiap muslimah.Ya, jiwa sering memberi alasan untuk mengatakan tidak bersedia, tapi sampai bila alasan itu mahu dipertahankan? Bukankah itu aib yang perlu d'jaga..Bukan sekadar rambut sahaja...

Kerana itu bijak pandai ada mengatakan;

 “Bertudung tidak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya bertudung (dilabuhkan)”.

Sebelum saya nekad untuk berubah dan memakai tudung labuh, perasaan ketakutan itu juga yang menjelma.Cabarannya adalah tinggi... Bagaimana mahu melakukan kerja... Orang mngkin akan perlecehkan saya dan sebagainya. Tetapi akhirnya dengan sebuah tekad dan percaya pada janji ALLAH, saya meneruskan langkah perubahan ini. 

Alhamdulillah...jiwa trase tenang dgn ape yg dilakukan ini....

Semoga sy dberikan kekuatan utk melakukan smua ini.....tdk ada paksaan utk sy melakukan perubahan ini,smuanya dtg  drpd  ALLAH S.W.T.....
Smoga sy istiqamah dlm menjalani khidupan sbg seorg muslim....[icintaILLAHI]