Ingat ALLAH di setiap degupan jantungmu

Wednesday 19 October 2011

"Jauhi Perkara Syubhah"

TINJAU...beberapa produk yang didakwa mengandungi paras alkohol yang tidak dibenarkan masih diletakkan di tempat minuman biasa.

“MINUMAN ini halal. Lihat tanda ‘non alcoholic’ di botol ini.
 Yang ini (sambil menunjukkan muangan ‘non-halal’) 
barulah haram kerana mengandungi alkohol dan arak,”
 kata seorang pekerja kedai serbaneka yang enggan dikenali.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengenai pengharaman

 minuman ‘bir halal’ oleh Jakim, pekerja itu hanya 
menggelengkan kepala sambil menegaskan ia halal 
kerana diimport dari negara Arab.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bir halal 

semakin popular di kalangan masyarakat kita. 
Difahamkan, ada lebih lima jenama bir halal dari 
Timur Tengah di pasaran dan kebanyakannya
 tidak mempunyai logo halal atau mempamerkan 
jumlah alkohol pada label produk.

Bagaimanapun, pendedahan mengenai penemuan 

kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan syariat 
pada minuman berkenaan mengejutkan orang ramai, 
khususnya umat Islam.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu

 terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman
 itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ)
 dengan membawa bir halal itu untuk dianalisis, seterusnya 
mendapatkan kepastian.

JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia

 untuk pengesahan dan hasil ujian makmal dijalankan 
mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa 
buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol, 
sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan 
kandungan alkohol dalam makanan serta minuman 
dibenarkan syariat Islam tidak melebihi 0.01 peratus.

Mengulas perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan 

Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim 
Johan berkata,
 pihaknya menolak semua penggunaan perkataan 
yang menyerupai benda tidak halal seperti bir kerana
 ia mendiskriminasikan umat Islam dan salah daripada 
segi pendekatan digunakan.

Melihat sepintas lalu kes seakan-akan serupa, 

Nadzim berkata, ia seperti ‘babi halal’ yang mencetuskan
 kontroversi dan hangat diperkatakan beberapa tahun lalu 
apabila produk berkenaan turut dijual di pameran
 barangan halal, perkataan ‘turkey ham’ (ham
 merujuk kepada daging paha babi yang dimasinkan),
 ‘beef bacon’ (bacon iaitu daging babi yang digaram 
atau diasapkan) dan ‘hotdog’ 
(penggunaan perkataan dog iaitu anjing).

Menurutnya, sekalipun turkey ham, beef bacon dan hotdog

 makanan halal, penggunaan perkataan yang digandingkan
 dengan sesuatu yang tidak halal menimbulkan kurang senang
 di kalangan pengguna Islam dan
 memberi kesan terus kepada jiwa.

“PPIM tidak boleh menerima penjenamaan yang 

mendiskriminasikan umat Islam. Kami menolak
 penggunaan nama bir walaupun tidak mengandungi 
alkohol kerana ia boleh menghakis jati diri kita sebagai 
umat Islam.

“Kami tidak mahu ia menyerupai sesuatu yang

 tidak halal dan yang kita takut sekali ialah
proses pemeraman dilakukan ketika pembuatan
 minuman berkenaan dikhuatiri boleh menghasilkan 
alkohol yang melebihi tahap dibenarkan tetapi 
tiada ujian yang dilakukan
 bagi mengesan kewujudannya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya merayu pihak berkuasa 

menyeragamkan sistem untuk barangan tidak halal
 untuk seluruh negara dan bukan hanya untuk negeri tertentu.

“Kami tidak mahu pengguna yang menerima akibatnya.

 Ini kerana kita berlindung di bawah payung 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan 
pengguna perlu dilindungi sebaik mungkin. 
Umat Islam berada di seluruh negara, jadi tidak boleh
 kata di Johor saja tidak halal 
dan di negeri lain halal,” katanya.

Menurutnya, umat Islam masih teraba-raba untuk

 mendapatkan makanan baik dan perkara itu
 tidak harus berlaku di negara ini yang ingin 
dibangunkan sebagai hab halal dunia.

“Makanan, minuman dan produk tidak halal berlegar 

dengan banyak dalam kehidupan seharian kita. 
Tidak hairan anak kita melakukan perkara pelik
 atau mengalami keruntuhan akhlak. Kerajaan perlu tegas
 kerana jika tidak, perkara seperti ini tidak habis.

“Barangan yang halal atau tidak halal perlu

 dimaklumkan kepada umum supaya tidak 
menimbulkan pelbagai spekulasi dan keresahan 
di kalangan masyarakat. Pengguna perlu berhati-hati
 dan jika ragu, 
dinasihatkan tidak minum bir halal berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd,

 Ahmad Al Yateem dalam laporan sebelum ini 
menegaskan, produk mereka, Barbican tidak 
mengandungi alkohol dan hanya malta berperisa
 buah-buahan semata-mata.

Selain itu, ia dikeluarkan oleh syarikat Aujan Industries Co 

yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara
 Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

Ahmad lebih menyifatkan dakwaan itu berunsurkan

 persaingan dalam perniagaan berikutan minuman itu 
semakin menjadi pilihan
 di kalangan pengguna Islam di negara ini.

Jakim pula pernah menolak permohonan untuk

 mendapatkan sijil halal bagi minuman dikenali bir halal yang 
diimport dari negara Timur Tengah.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, 

ini kerana ia tidak menepati standard halal MS 1500:2009 
dan tidak mematuhi prosedur halal.

“Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada

 produk minuman dikenali sebagai bir halal itu. 
Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya 
berhati-hati dan memilih produk yang mempunyai 
sijil halal diiktiraf kerajaan,” katanya.


===Jauhi Jika Ragu==