Ingat ALLAH di setiap degupan jantungmu

Saturday 21 January 2012

"HARAM itu jelas, yang HALAL itu jg jelas"

Sahabat, kalau kita buat sesuatu di jalan Allah, insya Allah. orang ngumpat la kita, ngata la kita. suatu hari nanti Allah akan bersihkan nama kita. mungkin kita dihina di dunia, tapi kita dimuliakan di akhirat? which one do you prefer? i'm not the one yang suka dengar cakap orang. they can talk as long as they want to. i'm not afraid of them. manusia yang sama dengan kita. setaraf tak de beza 1 apa pun dengan kita. manusia ciptaan Allah SWT. i'm afraid of Allah. yes. only Allah. takut sangat melahirkan cinta terhadap manusia sehingga mengundang kemurkaan Allah. spread the love in the HALAL way. jangan bercinta lama2. syaitan menjadi orang ketiga and there is no :: istilah of cinta islamic ::

Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.

Ada lelaki yang suka buat maksiat, yang tak pernah ikut pun perintah Allah, kononnya, ni zaman muda remaja dia. zaman dia berseronok. tetapi bila hendak berkahwin dia nak cari gadis yang baik dan beriman.biasa kan kita dengar kes macam ni?
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]

Sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis yang mana Nabi saw bersabda: “Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah agama, nescaya engkau akan bahagia”.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Jangan nak samakan yang HARAM dengan yang HALAL. sebab yang HARAM itu jelas, yang HALAL itu jelas. cuma manusia selalu sahaja menolak kebenaran, semata-mata nak mengejar sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah. nauzubillah. nak bercinta, berkahwinlah. tak nak kahwin, jangan bercinta. thats it.


Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)







Salam Istiqamah...